Khamis, 29 April 2010

Salju Cinta, Ruang Rindu, Panggil Aku Najiha


Tajuk : SALJU CINTA
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Nuriz Aida
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 21.00 (Sabah)
Muka surat : 464

Stok : 1
Sinopsis : BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini! “Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh... kita bertemu semula.” 


... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...


Tajuk : RUANG RINDU SOLD 27 MEI 2010

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Rozita Abd Wahab
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir? 


... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...

Tajuk : PANGGIL AKU NAJIHA
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ana Balqis
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha. 
Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu. 

Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu. 

Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan? Apa pun tragedi yang mengalir di laman hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha. 

... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...


Tajuk : SAAT KAU KATA CINTA SOLD 27 MEI 2010
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Anis Ayuni
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran. Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
 Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta. Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

 
***




Tiada ulasan:

Catat Ulasan