Khamis, 12 Ogos 2010

RINDU CINTAKU




Penerbit : Intens Media
Penulis : Fauziah Ashari
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : 2009
Harga : RM 26.40 (Sabah)
Muka surat : > 600 
Stok :  3 (TIGA)  
SOLD OUT 16.08.2010 (1 unit) / 17.08.2010 (1 unit)/20.08.2010 (1 unit)
CATATAN : KEPADA PENGIKUT SERTA PEMINAT NOVEL OMBAK RINDU YANG AKAN DIFILEMKAN LAKONAN MAYA KARIN, MESTI DAPATKAN NOVEL INI.  NOVEL INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARI O.R DAN C.T.A.  MESTI ADA KOLEKSI SENDIRI BARU TAHU.


Sinopsis :
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoanya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau ...nyawa?