Sabtu, 30 April 2011


Cinta Akan Indah
Rini Syanira

Harga Sabah: RM 22.90 (Ambil sendiri)/ Harga Pos RM26.90 (Sebuah)
Stok : 6 buah (Baru)
ISBN: 978-983-124-611-5
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 22 Dis 2010 / cetakan ke-2, April 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Jumaat, 29 April 2011

Kasihmu Semerbak Firdausi


KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI
Ruhana Zaki

Harga Sabah: RM 18.00 / Harga Pos : RM 22.00
Stok : 1 Buah (Baru)
ISBN: 978-967-86-0338-6
Halaman: ~64
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Jan 2010
Kategori: Agama
Sinopsis
AYAH DAN IBU... pada mereka ada syurga buat kita. Jasa mereka tidak terhitung, bakti mereka tidak ternilai. Betapa makbulnya doa ayah ibu hingga kita mampu hidup bahagia. Namun, andai terguris hati kecil mereka, bisa membuka pintu kegagalan dan dosa.

Di sebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. Setitis air mata kesedihan ayah ibu yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada reda dan syurga-NYA.

KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjam-NYA dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. Izinkan kenangan indah bersama insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita.

Ayah dan ibu ingin kulafaz jutaan terima kasih di atas kasih terindah, kasih yang melindungi

Khamis, 28 April 2011

M.A.I.D

M.A.I.D - Novel Terkini
Harga Sabah : RM 29.00 / Harga Pos : RM33.00 (Sebuah)
ISBN: 978-967-5067-77-8
Terbitan : Kaki Novel
Pada : April 2011

SINOPSIS
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Kompilasi Hidangan Kek


Kompilasi Hidangan Kek
Noraini Zakaria

Harga Sabah: RM 10.00 / Harga Pos : 14.00
Stok : 1 Buah (Baru)
ISBN: 978 983 124 389 3
Halaman: ~64
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 200 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2008
Kategori: Resipi
Sinopsis
Bagi anda yang gemarkan kek, buku ini menghidangkan 60 jenis kek yang mempunyai pelbagai rasa, warna dan bentuk. Ia disediakan oleh Puan Nor Aini Zakaria. Antaranya, kek buah-buahan, kek mentega oren, kek marble dan banyak lagi. Sama ada dibakar atau dikukus, rasanya memang enak.

Rabu, 27 April 2011

Doktor Cinta

Doktor Cinta

Doktor Cinta

Harga Sabah : RM29.00 / Harga Pos : RM33.00 (Sebuah)
Stok : 2 buah (Baru) 
ISBN: 978-967-5067-67-9 
Penerbit : Kaki Novel
Tarikh Terbit : April 2011


Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Selasa, 26 April 2011

Seandainya

Seandainya


Seandainya

Harga Sabah : RM32.00 / Harga Pos : 36.00 (Sebuah)
Stok : 2 buah (baru)
ISBN: 978-967-5067-62-4
Penerbit: Kaki Novel
Tarikh Terbit : Mac 2011

SINOPSIS
Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?

Isnin, 25 April 2011

UntukMu Sayang

 



Harga Sabah : RM24.90 / Harga Pos : RM 28.90 (sebuah)
Stok : 2 buah (Baru)
ISBN: 978-983-3880-14-0
Halaman: 600

SINOPSIS
Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu… semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, ‘Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!’

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

Rupa-rupanya, masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu, ada titisan jernih yang menemaninya.