Kedai Leni
Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga. jika kita berhenti menyukai seseorang yang disukai umpama kita membuang telinga kita. Tetapi jika cuba menutup mata, cinta akan menjadi airmata. Setiap orang matang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Khamis, 11 Julai 2013
Ahad, 1 Mei 2011
Cinta Yang Ku Rasa
Harga Sabah : RM 28.00 (Ambil sendiri) / RM32.00 (Sebuah - Pos Express seluruh sabah)
Stok Available : 3 buah (Baru)
ISBN: 978-983-124-677-1
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 600 gram
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Kategori: Novel
ISBN: 978-983-124-677-1
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 600 gram
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.
Label:
Alaf21,
Anis Ayuni
0
Pembelian
Langgan:
Catatan (Atom)