Jumaat, 13 Ogos 2010

CINTA TIADA AKHIRNYA

Cover Lama

Penerbit : Intens Media
Penulis : Fauziah Ashari
Kualiti : Lama / Koleksi Sendiri
Cetakan Pertama : -
Harga : RM 25.40 (Sabah)
Muka surat : > 500
Stok : 1
CATATAN : KEPADA PENGIKUT SERTA PEMINAT NOVEL OMBAK RINDU YANG AKAN DIFILEMKAN LAKONAN MAYA KARIN, MESTI DAPATKAN NOVEL INI.  NOVEL INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARI O.R.  MESTI ADA KOLEKSI SENDIRI BARU TAHU.
Sinopsis :
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'Ombak Rindu' dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta...Tiada Akhirnya'.


Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.


Inilah kisah...CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA...TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Cover Baru  CTA