Khamis, 29 April 2010

CINTA SUFI

Tajuk : CINTA SUFI SOLD OUT 13.05.2010
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : April 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1




Tajuk : HIJAB SANG PENCINTA  SOLD OUT
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : -
Harga : RM 22.90 (Sabah) - sedia untuk di pos
Muka surat : 520

Stok : 1



Tajuk : BAGAIKAN PUTERI  SOLD OUT
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : -
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 560

Stok : 1




***


Tajuk : PERGILAH AIRMATA SOLD OUT 13.05.2010
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Penulis : Hanni Ramsul
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : -
Harga : RM 32.90 (Sabah) - sedia untuk di pos
Muka surat : 868

Stok : 1

Sinopsis : Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.  Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.  Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.  Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.  Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.  Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.



Salju Cinta, Ruang Rindu, Panggil Aku Najiha


Tajuk : SALJU CINTA
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Nuriz Aida
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 21.00 (Sabah)
Muka surat : 464

Stok : 1
Sinopsis : BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini! “Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh... kita bertemu semula.” 


... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...


Tajuk : RUANG RINDU SOLD 27 MEI 2010

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Rozita Abd Wahab
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir? 


... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...

Tajuk : PANGGIL AKU NAJIHA
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ana Balqis
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha. 
Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu. 

Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu. 

Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan? Apa pun tragedi yang mengalir di laman hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha. 

... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ... ... d(^_^)b ...


Tajuk : SAAT KAU KATA CINTA SOLD 27 MEI 2010
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Anis Ayuni
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : Februari 2010
Harga : RM 22.90 (Sabah)
Muka surat : 512

Stok : 1
Sinopsis: MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran. Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
 Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta. Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

 
***




CINTA SUFI



Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : 2010
Muka Surat : 480
Harga : RM22.90 (Sabah) SOLD OUT 29.04.2010
Stok : 1
Berat : +/- 485gm
Sinopsis : PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. 

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan

Selasa, 20 April 2010

Kasihku Satu



Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad

Penulis : Amiza Anas
Kualiti : Baru
Cetakan Pertama : 2010
Muka Surat : 480
Harga : RM18.00 (Sabah) SOLD OUT 29.04.2010
Stok : 1
Berat : +/- 485gm

 Sinopsis :

AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas den dam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya. 

Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan pe rasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing. 

Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa. 

Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?

Isnin, 19 April 2010

Kau Selalu Ada

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Durrah Fatiha
Kualiti : Baru
Tahun Cetakan : 2010
Muka Surat : 496
Harga : RM18.00 (Sabah) SOLD OUT 29.04.2010
Stok : 1
Berat : +/- 405gm  

Sinopsis :  MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim le w at kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. 

Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. 

Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim! 

Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!
:

Ahad, 18 April 2010

Percaya Ada Cinta

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Ryana Adrina
Kualiti : Baru
Tahun Cetakan : 2010
Muka Surat : 480
Harga : RM18.00 (Sabah) SOLD OUT 29.04.2010
Stok : 1
Berat : +/- 380gm



Sinopsis: BERADA di dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. 

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! 

Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafiya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar. 

Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

Sabtu, 17 April 2010

Rela KuMenanti


Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Damya Hanna
Kualiti : Terpakai
Cetakan Pertama : 2006
Muka Surat : 533
Harga : RM19.00
Stok : 1
Berat : +/- 405gm

Sinopsis : Bahagiakah Nurin Aina, jika hidupnya bagai lilin membakar diri?  Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam.  Begitu juga Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya.  Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.



Jumaat, 16 April 2010

Nota Cinta Buat Mu


Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Penulis : Norhayati Berahim
Kualiti : Terpakai
Cetakan 1-4 : 2004
Muka Surat : 418
Harga : RM15
Stok : 1
Berat : +/- 245gm


SINOPSIS: Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan.  Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi.  Pergilah Dihrran, carilah kebahagian, carilah kasih sayang yang kau perlukan.

Khamis, 15 April 2010

One Drop Perfume

Harga : RM 40.00 / Kotak
Kualiti Barangan : Baru 
Set Lelaki, Set Wanita
Stok : Ada (Pelbagai Set)
Berat Sekotak : +/- 100gm